QASEH GOLD JUNIOR
Mengandungi formula makanan sunnah unggul dengan tambahan badam dan bayam. Gabungan unik 15 ramuan hebat iaitu Kurma, Madu, Kismis, Delima, Minyak Zaitun, Gingko, Tiin, Habbaatus Sauda', Bayam, Air Zam Zam, Za'faran, Garam Arab dan Pegaga dapat membantu membina generasi yang cemerlang dari segi fizikal, intelektual dan spiritual bermula dengan pemakanan yang halal lagi baik.
Mengapa anak-anak kita perlu amalkan Qaseh Gold Junior?
- Tenaga & Minda
Berikan permulaan yang baik kepada anak-anak kita seawal usia 1 tahun dengan gabungan makanan sunnah Qaseh Gold Junior yang membantu menyihatkan tubuh, minda dan emosi. Berkonsepkan "Halalan Thoyyiban" iaitu halal lagi baik, Qaseh Gold Junior diperlengkapkan dengan gandingan makanan sunnah madu, kurma dan kismis yang terkenal sebagai agen minda dan membekalkan tenaga. Madu, kurma dan kismis kaya dengan glukosa dan fruktosa semulajadi yang dapat membekalkan tenaga segera kepada tubuh badan serta merangsang fungsi otak untuk lebih cerdas, lebih daya tumpuan serta lebih peka.
- Serat
Qaseh Gold Junior membekalkan serat tidak larut dan larut daripada kurma serta prebiotic semulajadi iaitu Gam Arab yang membantu menyihatkan usus serta melegakan masalah sembelit si kecil.
- Tumbesaran
Qaseh Gold Junior mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi yang sangat diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang lebih sihat dan kuat.
- Sistem Imun
Anak-anak perlu diberi ruang untuk mereka mengembangkan potensi diri dengan bermai, bergaul dan melibatkan diri dengan aktiviti luar. Pada masa yang sama, mereka perlu diberi perlindungan agar tidak mudah dijangkiti penyakit.Qaseh Gold Junior yang mengandungi anti bakteria dan anti oksidan berupaya membekalkan sistem imun badan yang lebih mantap dan kuat.
Cara Penggunaan :
- 1 - 3 tahun
1/2 sudu kecil (2.5ml) sebelum sarapan dan 1/2 sudu kecil (2.5ml) sebelum tidur.
- 4 - 6 tahun
1 sudu kecil (5ml) sebelum sarapan dan 1 sudu kecil (5ml) sebelum tidur.
- 6 tahun ke atas
1 - 2 sudu besar (10-20ml) sebelum sarapan dan 1-2 sudu besar (10-20ml) sebelum tidur.
Jom dapatkan sekarang :